APA PERLU BUAT SEKIRANYA TERDAPAT KEMALANGAN TETAPI GAGAL MENDAPATKAN TUNTUTAN INSURANS?

Hampir tiap hari kita akan dengar tentang kemalangan jalan raya, lagi-lagi dengan penambahan kenderaan di jalan raya sekarang. Sebagai pengguna jalan raya di Malaysia, rakyat Malaysia diwajibkan untuk mengambil insurans kenderaan setiap tahun bagi membolehkan mereka mendapatkan cukai jalan. Bukan itu sahaja, insurans ini juga akan membantu pemilik jika terjadinya kemalangan. 

Tapi apakan daya, kemalangan boleh jadi bila-bila masa baik disebabkan kecuaian diri sendiri mahupun pihak ketiga. Isu akan bertambah rumit bagi pihak yang dilanggar apabila insurans pihak ketiga mengambil masa yang lama untuk dituntut menyebabkan pihak dilanggar terpaksa menanggung kerugian dan kesakitan. 

Jadi, bagaimana untuk memastikan anda mendapat tuntutan insurans secara adil?

Notis Tuntutan daripada pihak peguam

Pihak peguam yang dilantik oleh pihak yang dilanggar atau terjejas akan memberikan notis tuntutan kepada pihak insurans yang melanggar untuk menuntut kos kerosakan dan kecederaan yang dialami. Ini merupakan langkah pertama yang dilakukan oleh pihak peguam bagi menyelesaikan urusan tanpa melibatkan mahkamah. Di sini, pihak peguam akan memberikan notis tuntutan ganti rugi yang ditanggung oleh pihak terlibat dan menuntut pembayaran oleh pihak insurans, ‘pay and claim’.

Failkan saman di Mahkamah 

Jika tiada tawaran penyelesaian diterima daripada pihak insurans dalam masa yang ditetapkan, pihak peguam akan melanjutkan dengan pemfailan saman di Mahkamah. Proses ini diambil kira setelah pihak insurans dan pihak terjejas tidak mendapat kata putus. Proses ini mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada penyelesaian-penyelesaian kedua-dua pihak. 

Nampak seperti mudahkan? Tapi proses-proses ini boleh memakan masa bertahun-tahun lagi-lagi jika dia melibatkan pelbagai pihak ketiga dan pihak yang belum dikenalpasti.

Untuk memudahkan urusan untuk menuntut insurans, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan nasihat dan melantik kami bagi menyelesaikan isu anda!