APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKIRANYA TANAH ANDA DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA?

Secara amnya, di Malaysia proses pengambilan tanah boleh dilakukan oleh pihak berkuasa negeri seperti yang tercatat di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 (Sek 3(1) APT 1960). Akta yang terpakai di bawah proses ini adalah di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.

Pengambilan tanah oleh pihak berkuasa negeri seperti pihak majlis berkuasa tempatan hanya boleh berlaku atas urusan pembangunan kepentingan awam seperti pembinaan jalan raya, pembinaan jalan kereta api, sekolah, hospital mahupun apa-apa pembinaan yang memberi faedah kepada pembangunan ekonomi negara. Pemilik tanah tidak boleh menolak pengambilan tanah tersebut melainkan terdapatkan kesalahan prosedur yang boleh dibuktikan.

Berikut merupakan carta alir yang perlu anda tahu berkenaan proses pengambilan tanah:

Bagi pemilik yang menerima pampasan dengan bantahan, mereka masih boleh mendapat amaun pampasan tersebut dengan mengatakan amaun pampasan yang diberikan tidak mencukupi atas faktor kedudukan tanah, nilai potensi tanah atau mana-mana sebab yang bersesuaian dengan melampirkan Borang N kepada Pejabat Tanah. Pejabat tanah akan mengeluarkan notis rujukan kepada mahkamah (Borang O) dalam tempoh 3 bulan daripada penerimaan borang bantahan tersebut. 

Untuk keterangan, pandangan dan tindakan yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi dan melantik kami bagi menguruskan proses selanjutnya bagi mewakili pihak anda dalam urusan pengambilan tanah dengan lebih mudah! Anda boleh hubungi kami melalui pautan WhatsApp atau emel melalui laman web kami untuk menempah temujanji!