PERBEZAAN PERFECTION OF TRANSFER DAN PERFECTION OF CHARGE

Ramai pembeli rumah keliru tentang urusan pindahmilik nama dan juga pendaftaran gadaian. Walaupun kedua-dua urusan ini melibatkan satu hartanah tetapi kedua-dua nya
melibatkan pihak dan urusan yang berbeza.

Pindahmilik nama atau Perfection of Transfer dilakukan hanyalah untuk menukarkan nama dari pihak sebelumnya kepada pembeli terkini. Ini hanyalah melibatkan urusan di antara pihak sebelumnya dan pihak sekarang sahaja. Urusan di sini juga lebih mudah dan tidak rumit memandangkan ia hanya melibatkan dokumen-dokumen standard.

Bagi urusan pendaftaran gadaian atau Perfection of Charge, ini adalah urusan di antara pihak pembeli dengan bank peminjam. Disebabkan pihak pembeli belum lagi melangsaikan hutang pinjaman rumah, jadinya nama bank peminjam perlulah didaftarkan di dalam geran dan geran akan diserahkan kepada pihak bank sebagai cagaran. Urusan ini juga melibatkan pelbagai dokumen yang perlu ditandatangani oleh peminjam sebelum diserahkan kepada pihak bank untuk urusan selanjutnya.

Kedua-dua urusan ini perlu melibatkan peguam untuk mereka menyediakan dokumendokumen yang berkaitan.

Apa yang berlaku jika pendaftaran gadaian tidak dilakukan?

Pindahmilik nama tidak boleh dilakukan jika pendaftaran gadaian tidak dibuat. Selalunya,
pindahmilik nama dan pendaftaran gadaian akan dilakukan serentak untuk memudahkan urusan dan jangka masa yang diberikan juga adalah terhad.

Untuk memudahkan proses pindahmilik nama dan pendaftaran gadaian, anda boleh melantik kami sebagai peguam anda untuk menguruskan proses ini tanpa perlu anda bimbang! Anda boleh hubungi kami di talian 03-6203 3500 atau emel melalui laman web kami untuk menempah temujanji!