APA PERLU ANDA BUAT SETELAH PINJAMAN HABIS DIBAYAR?

Untuk mereka yang ada buat pinjaman bank ketika membeli hartanah seperti rumah atau kedai, mereka akan diberikan satu jangka masa anggaran bagi mengetahui bila pinjaman itu akan selesai.

Bagaimana pihak peminjam mengetahui pinjamannya sudah habis dibayar?

Pihak peminjam selalunya akan menerima surat dari pihak bank jika hutang telah langsai dibayar. Pihak peminjam perlulah melakukan satu proses dinamakan Pelepasan Gadaian (Discharge of Charge). Proses ini bertujuan untuk mengeluarkan nama bank sebagai pencagar di dalam geran dan geran akan diserahkan kepada pemilik. Kesemua dokumen hartanah yang dipegang oleh pihak bank juga akan dikembalikan semula kepada pemilik.

Proses pelepasan gadaian adalah proses yang agak mudah dan tidak rumit seperti pendaftaran gadaian.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses Pelepasan Gadaian:

  1. Salinan kad pengenalan peminjam
  2. Salinan cukai pintu yang terkini
  3. Salinan cukai taksiran yang terkini
  4. Surat dari bank mengatakan pinjaman telah habis dibayar

Pihak peguam akan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan dan berurusan dengan
pihak yang terlibat. Proses yang terlibat seperti:

  1. Mendantangani Letter of Authorization untuk Pelepasan Gadaian dan dokumen
    Pelepasan Gadaian.
  2. Dokumen yang berkaitan akan diserahkan dan ditandangani oleh pihak bank.
  3. Dokumen akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk proses
    penyeteman.
  4. Dokumen akan dihantar ke pejabat tanah dan akan dikeluarkan geran yang baru.

Untuk memudahkan urusan anda, anda juga boleh melantik kami untuk menguruskan proses ini dengan menghubungi kami di talian 03-6203 3500 atau emel melalui laman web kami untuk menempah temujanji!